
Program Wellness Responder Siri 6 peringkat negeri Terengganu menutup tirainya pada 7 September 2022. Maklumbalas positif daripada para peserta sepanjang 2 hari program Power@Work amat menggalakkan yang mewakili pelbagai majikan di seluruh negeri Terengganu. Di antaranya Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu yang mempunyai 1,000 orang pekerja yang menghantar 2 orang wakil, manakala Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd yang mempunyai 560 orang pekerja di Terengganu turut menghantar wakilnya manakala peserta dari Sabasun Hyperruncit Sdn Bhd yang mewakili 450 orang pekerjanya turut memberikan sokongan yang padu terhadap program Wellness Responder ini. Para peserta amat bersemangat dan teruja untuk belajar teknik asas kaunseling.
Power@Work bertujuan untuk menyediakan kemahiran membimbing kepada para peserta bagi membantu pekerja meningkatkan potensi diri khususnya dalam perkhidmatan pekerjaan dan psikososial di tempat kerja. Program ini juga dapat mewujudkan kesedaran yang serius dalam kalangan majikan terhadap kebajikan pekerja dari aspek kesihatan mental di tempat kerja.
Jutaan terima kasih diucapkan buat Puan Hajah Farihah binti Che Husin, Pengarah Pejabat PERKESO Negeri Terengganu kerana bersama-sama untuk majlis penutup. Terima kasih yang tidak terhingga juga buat Puan Roszaila binti Ali, Ketua Negeri Return to Work Negeri Terengganu atas ucapan aluan pada hari pertama program.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan buat semua WELLNESS RESPONDER COACH cawangan Return To Work dalam menjayakan program POWER@Work Negeri Terengganu iaitu Ketua Unit Sokongan Psikologi dan Kesejahteraan Sosial Encik Abdul Moeis bin Abdul Halim, DMS En. Arief Ilham Dinn bin Othman dan DMC Muhammad Ikhmal Azim bin Khairuddin.
Adalah menjadi harapan kami agar peserta program POWER@Work yang mewakili pelbagai organisasi di negeri Terengganu ini mendapat ilmu yang bermanfaat untuk disebarluaskan kepada hampir 3,228 orang pekerja mereka dan juga merancang program kesejahteraan psikologi di tempat kerja.
Untuk makluman semua, Siri ketujuh akan dijalankan pada 28 September 2022 dan 29 September 2022 bertempat di Wisma PERKESO Kuala Lumpur. Terima kasih di atas sokongan dari anda semua.
Unit Sokongan Psikologi Dan Kesejahteraan Sosial Return To Work
Kaunseling Untuk Kesejahteraan Insan