POWER@WORKPLACE NEGERI PULAU PINANG

Program PERKESO Wellness Responder At Workplace (POWER@Work) Siri 5/2022: Zon Utara di Pejabat PERKESO Georgetown.

Program Wellness Responder Siri 5 peringkat negeri Pulau Pinang menutup tirainya pada 25 Ogos 2022. Maklumbalas yang sangat positif diterima daripada para peserta yang mewakili pelbagai majikan di seluruh negeri Pulau Pinang. Di antaranya Plexus Manuacturing Sdn Bhd yang mempunyai 10,000 pekerja yang menghantar 2 orang wakil, manakala Tenaga Nasional Berhad yang mempunyai 950 pekerja di Pulau Pinang turut menghantar wakilnya manakala peserta dari Ann Joo Steel Berhad yang mewakili 1,450 pekerjanya turut memberikan sokongan yang padu dan kerjasama terhadap program Wellness Responder ini. Para peserta juga menyatakan bahawa program ini perlu diteruskan di masa akan datang dengan penglibatan lebih ramai peserta.

Perkongsian intipati modul oleh jurulatih diteruskan pada hari kedua dengan perbincangan secara berkumpulan di dalam modul Perancangan Menolong dan Simulasi. Para peserta membuat sesi role play di mana peserta bertukar peranan dan merasai sendiri peranan sebagai kaunselor dan salah seorang lagi menjadi klien. Melalui aktiviti perbincangan berkumpulan ini, para peserta dapat memahami dengan lebih mendalam bagaimana cara untuk membimbing rakan sekerja yang mempunyai isu atau masalah yang ingin dikongsikan kepada wakil Wellness Responder ini.

Jutaan terima kasih diucapkan buat Tuan Mustafa bin Draman, Pengarah Pejabat PERKESO Negeri Pulau Pinang kerana bersama-sama untuk majlis penutup. Terima kasih yang tidak terhingga juga buat Encik Mohd Zaki bin Zainudin, Ketua Negeri Return to Work Negeri Pulau Pinang atas ucapan aluan pada hari pertama program.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan buat semua WELLNESS RESPONDER COACH cawangan Return To Work dalam menjayakan program POWER@Work Negeri Pulau Pinang iaitu Ketua Unit Sokongan Psikologi dan Kesejahteraan Sosial Encik Abdul Moeis bin Abdul Halim, DMS Siti Thaqifah binti Mohamed Idris, DMS Sarina binti Fadhil Stephen dan DMC Muhammad Ikhmal Azim bin Khairuddin.

Adalah menjadi harapan kami agar peserta program POWER yang mewakili pelbagai organisasi di negeri Pulau Pinang ini mendapat ilmu yang bermanfaat untuk disebarluaskan kepada hampir 14,000 pekerja mereka dan juga merancang program kesejahteraan psikologi di tempat kerja.

Untuk makluman semua, Siri keenam akan dijalankan pada 6 Ogos 2022 dan 7 Ogos 2022 bertempat di Pejabat PERKESO Negeri Terengganu. Terima kasih di atas sokongan dari anda semua.
Unit Sokongan Psikologi Dan Kesejahteraan Sosial Return To Work
Kaunseling Untuk Kesejahteraan Insan