
.
Syukur dan Alhamdulilah sesi perkongsian ilmu Siri ke-6 yang dirancang bersama majikan NPE berkaitan WEBINAR KESEJAHTERAAN SOSIAL DI TEMPAT KERJA telah Berjaya dilaksanakan oleh Unit Psychological Support and Social Wellbeing, Cawangan Return To Work, Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan, Pejabat SIP.
.
Perkongsian kali ini menjadi lebih menarik dengan kehadiran bersama wakil pekerja dari syarikat konsesi lebuhraya LEKAS dan BESRAYA. Sebanyak 70 orang peserta yang telah turut serta dalam webinar kalini . Topik kali ini , telah disampaikan oleh DMS Nur Afiqah Binti Menhat yang bertajuk PENGURUSAN MASA EFEKTIF BAGI MENGURANGKAN TEKANAN di tempat kerja. Beberapa teknik senaman ringkas juga dikongsikan, dan senaman ringan sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja.
.
Selain itu, kesempatan ini juga di ambil bagi mempromosikan program Wellness Responder at Workplace (POWER@WORK). Program ini menyasarkan penglibatan dari majikan yang berminat untuk menjadi wellness responder di tempat kerja. Mereka juga akan diberikan pentauliahan dari PERKESO.
.
Jadikan masa lampau sebagai teladan dan jadikan masa depan sebagai aspirasi. Fokus kita adalah berada di masa yang sekarang dan itulah kunci sihat bagi orang SIHAT MENTAL