Smart Engagement SESB & PERKESO

KOTA BELUD, SABAH – Satu lawatan dan mesyuarat telah dibuat pada 20hb April 2022 yang diketuai oleh Pn. Florence Binti Blasius selaku Ketua Zon (KZ) RTW Zon Borneo telah disambut baik oleh En. Sarbini Bin Yahmin (Pengurus Kanan SESB) serta En. Azahar (Pengurus SESB Kawasan Kota Belud). Lawatan ini juga turut dihadiri oleh Dr. Anderson Pang Tze Schen dan Occupation Therapist Pn. Kalizah Saip daripada Hospital Kota Belud serta Tuan Haji Abd Rahman Bin Ramli selaku Pengurus Pejabat PERKESO Kota Marudu.

Susulan Smart Engagement SESB & PERKESO yang telah dimaterai pada 11hb April 2022, pihak SESB telah menjemput PERKESO untuk turun padang dan membincangkan penempatan semula Orang Berinsuran (OB) yang dipantau di bawah program Return to Work (RTW) oleh DMS Subandi Faisal Bin Harun. OB sebelum ini mengalami kecederaan patah paha kanan dan kecederaan bahagian kepala. Melihat kepada kecederaan parah yang dialami oleh OB, majikan tidak pasti keadaan terkini OB sama ada boleh bekerja atau sebaliknya. Perbincangan agak tegang pada awalnya namun majikan akhirnya berjaya diyakinkan melalui hujah-hujah bernas dari sudut pengurusan hilang upaya dan pengesahan perubatan daripada Pengurus Kes dan doktor merawat.

Hasil perbincangan akhirnya satu kata putus dapat dibuat dan OB diberi peluang bekerja semula bersama majikan asal. Sokongan memo syor bekerja ringan daripada doktor turut diberikan sebagai rujukan pihak majikan. Satu kes baharu juga telah dirujuk dan pihak majikan maklum akan proses seterusnya bagi kes berkenaan. Melalui program RTW ini, cuti sakit OB telah berjaya dipendekkan dan OB yang sepatutnya bakal diberhentikan telah diberi peluang untuk bekerja semula.

Selesai mesyuarat berkenaan, Pengurus Pejabat PERKESO Kota Marudu yang diketuai oleh Tuan Haji Abd Rahman Bin Ramli, En. Larry Sambuling (Pegawai Eksekutif Bahagian Faedah PP Kota Marudu) dan En. Samsuri Guntok (Ketua Unit Penguatkuasaan PP Kota Marudu) juga telah menyampaikan kotak prihatin kepada OB. Sesi libat urus ini merupakan salah satu inisiatif dan bukti keprihatinan PERKESO dalam memastikan OB terbela dan mendapat perlindungan sosial yang sewajarnya.
#PPNSABAH#RETURNTOWORK#PERKESOPRIHATIN