BERITA

BERITA-BERITA RTW

Majlis Berbuka Puasa bersama- sama Anak-anak Yatim Rumah Curahan Kasih Sayang.

25/4/2022, TEMERLOH – PERKESO Temerloh melalui unit Return To Work telah menerima jemputan dari Jabatan Orthopaedik HOSHAS untuk Majlis Berbuka Puasa bersama- sama Anak-anak Yatim Rumah Curahan Kasih Sayang.

Selain berbuka puasa, PERKESO Temerloh turut mengambil kesempatan untuk menyantuni anak- anak yatim dengan pemberian duit raya & penyerahan sumbangan kepada pihak Pengurusan Rumah Anak Yatim Curahan Kasih Sayang yang telah disampaikan oleh Pn Roziah Binti Abdul Wahid, Pengurus Perkeso Temerloh.

Terima kasih diucapkan kepada Mr Zamzuri Bin Mohd Zain, Ketua Jabatan & seluruh warga Orthopaedik Hoshas atas jemputan & semoga amalan kita semua diterima Ilahi & semoga kita dapat terus menyantuni anak- anak yatim di ramadhan akan datang.

Unit Return to Work(RTW) PPN Pahang telah membuat tawaran kerja ke Unit Pentadbiran SASMEC@IIUM

18 APRIL 2022, KUANTAN – Unit Return to Work(RTW) PPN Pahang telah membuat tawaran kerja ke Unit Pentadbiran SASMEC@IIUM bagi perbincangan berkaitan kerjasama antara dua agensi khususnya berkaitan program dan aktiviti pemulihan di bawah Program Return To Work.

Lawatan kerja oleh Team RTW PPN Pahang dibawah seliaan En. Abu Qassim Ali, (KN RTW Pahang) telah disambut pada hari ini oleh Dr. Siti Zainab Tauhed (Timb. Pengarah Kanan Strategi & Perhubungan Korporat). Antara perbincangan yang dilaksanakan hari ini termasuklah:

-Pemakluman fungsi & peranan PERKESO dibawah Akta 4, Akta 789 & Akta 800 khususnya berkaitan keterlibatan bersama kedua agensi di dalam pemulihan fizikal & vokasional

-Perbincangan koordinasi perlaksanaan MoU PERKESO-IIUM

-Perbincangan bagi melaksanakan “Siri Open Day RTW@SASMEC 2022”

Hasil daripada sesi lawatan kerja yang dilakukan, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk melaksanakan program yang dicadang dan membuat persiapan akhir bagi majlis menandatangai MoU yang akan dilangsungkan tidak lama lagi.

Berminat atau ingin merujuk pekerja/kawan/keluarga untuk menyertai program RTW PERKESO? Layari laman sesawang http://rtwsocso.perkeso.gov.my

#rtwsocso#rtwperkeso#perkesopahang#rtwprihatin

Unit Return to Work(RTW) PPN Pahang telah membuat lawaran kerja ke Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Tengku Ampuan Afzan(HTAA)

8 APRIL 2022, KUANTAN – Unit Return to Work(RTW) PPN Pahang telah membuat lawaran kerja ke Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Tengku Ampuan Afzan(HTAA) bagi membincangkan pengurusan hilang upaya kes-kes Orang Berinsurans(OB) menerusi program Return To Work PERKESO.

Lawatan kerja dan mesyuarat yang diketuai oleh Encik Abu Qassim Ali selaku Ketua Negeri(KN) RTW Pahang, Encik Arif Affendy Yahya, DMS PPN Pahang, disambut baik oleh HOD PSY HTAA, Dr. Noorul Amilin serta barisan Pakar, Pegawai Perubatan & Peg. sokongan Jabatan PSY HTAA. Perbincangan pelaporan semasa pengurusan hilang upaya kes-kes rujukan Klinik RESTART, anjakan paradigma kerjasama antara jabatan dan lawatan tapak aktiviti di unit Psikososial, merupakan antara tujuan utama lawatan tapak ini dijalankan.

Hasil lawatan & perbincangan ini antaranya adalah pengemaskinian maklumat tindakan & proses kerja semasa, pendedahan kepada maklumat tambahan berkaitan faedah & bantuan yang boleh diperolehi oleh pesakit di bawah Akta 4, Akta 800, Akta 789 & Bajet 2022 serta turut dapat memperoleh hasil penilaian bagi menambahbaik keperluan di beberapa tapak aktiviti pesakit di Unit Psikososial bagi cadangan bantuan di bawah Projek CSR yang akan diusulkan iaitu:

-Bantuan naik taraf kemudahan di tapak aktiviti “Car Wash”
-Bantuan naik taraf Cafe

Pelbagai manfaat yang bakal diperoleh melalui bantuan naik taraf projek CSR yang bakal memberi sinar baru kepada Unit Psikososial ini seperti meningkatkan lagi penyertaan & sambutan masyarakat untuk menyokong program yg dilaksanakan & membantu meningkatkan hasil pendapatan aktiviti yang boleh dimanfaatkan secara bersama kepada tabung dana & pesakit/OB terlibat

Usaha ini juga membolehkan Unit Psikososial dapat mengembangkan lagi fokus latihan kepada penjanaan ekonomi & employment support termasuk program simulasi kerja.Diharapkan usaha ini berjalan lancar dan boleh memberi manfaat kepada pihak HTAA, PERKESO dan pekerja yang mengalami hilang upaya untuk terus produktif bekerja.

#rtwsocso#rtwperkeso#perkesopahang#rtwprihatin

Smart Engagement SESB & PERKESO

KOTA BELUD, SABAH – Satu lawatan dan mesyuarat telah dibuat pada 20hb April 2022 yang diketuai oleh Pn. Florence Binti Blasius selaku Ketua Zon (KZ) RTW Zon Borneo telah disambut baik oleh En. Sarbini Bin Yahmin (Pengurus Kanan SESB) serta En. Azahar (Pengurus SESB Kawasan Kota Belud). Lawatan ini juga turut dihadiri oleh Dr. Anderson Pang Tze Schen dan Occupation Therapist Pn. Kalizah Saip daripada Hospital Kota Belud serta Tuan Haji Abd Rahman Bin Ramli selaku Pengurus Pejabat PERKESO Kota Marudu.

Susulan Smart Engagement SESB & PERKESO yang telah dimaterai pada 11hb April 2022, pihak SESB telah menjemput PERKESO untuk turun padang dan membincangkan penempatan semula Orang Berinsuran (OB) yang dipantau di bawah program Return to Work (RTW) oleh DMS Subandi Faisal Bin Harun. OB sebelum ini mengalami kecederaan patah paha kanan dan kecederaan bahagian kepala. Melihat kepada kecederaan parah yang dialami oleh OB, majikan tidak pasti keadaan terkini OB sama ada boleh bekerja atau sebaliknya. Perbincangan agak tegang pada awalnya namun majikan akhirnya berjaya diyakinkan melalui hujah-hujah bernas dari sudut pengurusan hilang upaya dan pengesahan perubatan daripada Pengurus Kes dan doktor merawat.

Hasil perbincangan akhirnya satu kata putus dapat dibuat dan OB diberi peluang bekerja semula bersama majikan asal. Sokongan memo syor bekerja ringan daripada doktor turut diberikan sebagai rujukan pihak majikan. Satu kes baharu juga telah dirujuk dan pihak majikan maklum akan proses seterusnya bagi kes berkenaan. Melalui program RTW ini, cuti sakit OB telah berjaya dipendekkan dan OB yang sepatutnya bakal diberhentikan telah diberi peluang untuk bekerja semula.

Selesai mesyuarat berkenaan, Pengurus Pejabat PERKESO Kota Marudu yang diketuai oleh Tuan Haji Abd Rahman Bin Ramli, En. Larry Sambuling (Pegawai Eksekutif Bahagian Faedah PP Kota Marudu) dan En. Samsuri Guntok (Ketua Unit Penguatkuasaan PP Kota Marudu) juga telah menyampaikan kotak prihatin kepada OB. Sesi libat urus ini merupakan salah satu inisiatif dan bukti keprihatinan PERKESO dalam memastikan OB terbela dan mendapat perlindungan sosial yang sewajarnya.
#PPNSABAH#RETURNTOWORK#PERKESOPRIHATIN

Program Solidariti Ramadhan PERKESO Johor Bahru

26 April 2022: Telah berlangsung semalam Program Solidariti Ramadhan PERKESO Johor Bahru yang dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Hairi Bin Mad Shah melalui Inisiatif Solidariti Ramadan Prihatin. Seramai 20 penerima sumbangan yang terdiri daripada penerima faedah, penerima faedah Program RTW dan pencarum PERKESO telah disantuni dengan pemberian kotak prihatin barangan asas dan persiapan aidilfitri.

Bagi Penerima faedah RTW, Unit RTW Johor Bahru memfokuskan kepada peserta RTW yang tidak berkemampuan pengurusan kewangan dalam meneruskan kelangsungan hidup lebih lebih lagi menjelang bulan aidilfitri. Ada dikalangam dalam peserta RTW terdiri daripada ibu tunggal dan bapa tunggal, dimana kami sendiri melihat mereka perlu menyara anak-anak mereka.

Semoga ini menjadi satu motivasi kepada mereka yang kurang bwekemampuan dan meneruskan kelangsungan hidup.

Kegembiraan mereka sewaktu menerima kotak prihatin adalah kebahagiaan kepada kami.

Turut sama dibekalkan alatan pemulihan kepada OB yang memerlukan dan barangan persiapan aidilfitri kepada penerima faedah.

Terima kasih sekali lagi kepada semua penyumbang tabung dana prihatin PERKESO dan CSR PERKESO Johor

Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan dan keredhaan di bulan yang mulia ini.

#PERKESOJOHOR

#RTW PERKESO

Program Innovation and Research-based Learning 2022

25 APRIL 2022 – Program Innovation and Research-based Learning 2022 diteruskan dengan siri kedua menerusi perkongsian yang menarik daripada Puan Nur’ Athirah Binti Razali yang bertajuk “D’Athirah Magic Ruler” iaitu produk inovasi yang sangat membantu dan memudahkan individu melakukan proses jahitan serta meningkatkan produktiviti dalam menangani masalah pergerakan yang terbatas secara fizikal atau masalah pembelajaran bagi golongan Orang Kurang Upaya. Produk yang dicipta oleh Puan Nur’ Athirah dari Superb Innovative Skills Sdn. Bhd ini telah mendapat tempat pertama (Kategori Orang Awam) dalam Pertandingan Inovasi dan Rekacipta, Cawangan Return To Work pada tahun 2021.

Produk D’Athirah Magic Ruler ini mensasarkan beberapa golongan sasaran antaranya ialah Kementerian, Tukang Jahit, Institusi dan Orang Kurang Upaya (OKU) agar produk inovatif ini dapat digunakan dalam proses pembuatan pakaian supaya dapat menjimatkan masa ketika membuat pola pakaian dan menjimatkan kos pembelian pembaris untuk semua saiz ukuran badan. Rekaan D’Athirah Magic Ruler ini menggunakan bahan Polypropylene (PP) dan teknik Moulding yang menjadikannya lebih fleksibel dan tahan lasak serta mudah digunakan kerana tersedia arahan dan ukuran tanpa membuat pengiraan serta panduan abjad.

D’Athirah Magic Ruler mendapat maklumbalas yang sangat memuaskan apabila ramai peserta telah menunjukkan minat terhadap produk inovatif ini dengan mengemukakan soalan-soalan dan komen-komen membangun serta berminat untuk memiliki D’Athirah Magic Ruler setelah Puan Athirah memainkan video tatacara menggunakan produk, video testimoni daripada pengguna dan pendemonstrasian daripada pelajar Puan Athirah.

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada Puan Nur’ Athirah Binti Razali dari Superb Innovative Skills Sdn. Bhd dan Puan Rosmawati Mat, Ketua Cawangan Return to Work PERKESO, institusi-institusi, inter-agensi serta semua peserta yang hadir bagi menjayakan program INREAL pada siri kedua tahun 2022 ini. Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan inspirasi baru kepada para perintis yang mengusahakan idea-idea inovasi dalam pengurusan hilang upaya.

Webinar RTW Weekly Talk Siri 5

13 April 2022, Putrajaya – Siri Webinar RTW Weekly Talk telah masuk sesi yang kelima dengan tajuk ‘Major Depressive Disorder’ (MDD) oleh penceramah pada minggu ini, En Muhammad Hilman Bin Sayuti iaitu Disability Management Specialist (DMS) daripada Ibu Pejabat Sistem Insurans Perkerjaan, Putrajaya.

Topik yang dikongsikan En Hilman dalam perbincangan ini adalah mengenai perjalanan pengurusan seorang pencarum PERKESO yang dikendalikan di bawah Program Return To Work (RTW) yang menghidap penyakit ‘Major Depressive Disorder’ (MDD). Penceramah menerangkan isu-isu dan cabaran dalam memastikan kesihatan mental dan fizikal pesakit sentiasa dalam keadaan terkawal dan selamat. Seterusnya, penceramah juga menceritakan intervensi dan transformasi yang dilakukan bagi membantu pesakit yang sangat bermotivasi dan bersemangat untuk kembali bekerja semula.

Hasil perbincangan bersama, pihak majikan bersetuju untuk membantu pesakit dari segi pemberian skop tugas yang bersesuaian mengikut pengalaman yang diperoleh dengan mempelbagaikan tugasan pesakit bagi mengelakkan beliau berada dalam keadaan tekanan.

Dengan usaha ini, diharapkan PERKESO dari Program Return To Work (RTW) dapat membantu lebih ramai Orang Berinsurans PERKESO diluar sana agar kekal produktif dan bersemangat.

Jangan lupa ikuti siri RTW Weekly Talk Sesi 6, seterusnya pada 20 April 2022 oleh penceramah Encik Aljabir Bin Zulpin; Disability Management Specialist, Pejabat PERKESO Tawau dengan tajuk Testimonial Case: Cervical Spondylosis.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Program Return To Work PERKESO, ikuti kami di :

Website : www.rtwsocso.perkeso.gov.my
Instagram : https://www.instagram.com/rtwsocso/
Facebook Page : https://www.facebook.com/rtwperkeso/
Facebook Group : https://www.facebook.com/groups/rtwsosco/
Twitter : https://twitter.com/rtwsocso
TikTok : https://www.tiktok.com/@rtwsocso
YouTube : https://tinyurl.com/rtwsocso
Telegram : https://t.me/rtwperkeso

Taklimat Pengenalan Penubuhan Klinik Return to Work (RTW) dan juga perbincangan penubuhan Mini Rehab Centre bersama Jabatan Ortopedik Hospital Miri

Miri, Sarawak – Unit RTW PP Miri telah mengadakan satu sesi Taklimat Pengenalan Penubuhan Klinik Return to Work (RTW) dan juga perbincangan penubuhan Mini Rehab Centre bersama Jabatan Ortopedik Hospital Miri yang bertempat di Bilik Kenyalang Hospital Miri pada 13/4/2022.

Sesi taklimat ini telah dihadiri oleh rombongan anggota PERKESO yang diketuai oleh Encik Abu Bakar bin Poli selaku Ketua Negeri Program Return to Work dari Pejabat PERKESO Negeri Sarawak, Encik John Harry Anak Jota selaku Pegawai Perhubungan Strategik Pusat Rehabilitasi PERKESO Melaka, Cik Alicia Anak Willian Adeng selaku Pengurus Kes dan Puan Emilia Anak Sayat selaku Penolong Pengurus Kes Pejabat PERKESO Miri. Taklimat ini juga turut disertai oleh Dr. Jack Wong Siew Yu selaku Pengarah Hospital Miri, Dr. Tew Siew Peng selaku Ketua Jabatan Rehabilitasi, Dr. Lee Sing Huat selaku Ketua Jabatan Ortopedik, Encik Upedesh Singh A/L Harbaran Singh selaku Ketua Jabatan Fisioterapi dan Puan Susan Anak Ambau selaku Ketua Jabatan Pemulihan Terapi Cara Kerja.

Sesi taklimat ini telah disambut baik oleh semua wakil-wakil Hospital Miri dan perbincangan meliputi penubuhan Klinik RTW dengan kerjasama bersama Jabatan Ortopedik Hospital Miri dan juga turut berbincang mengenai hasrat Hospital Miri untuk mendapatkan sumbangan peralatan pemulihan bagi penubuhan Mini Rehab Centre daripada pihak Pusat Rehabilitasi PERKESO Melaka.

Hasil taklimat ini terwujudnya kolaborasi penubuhan Klinik Return to Work (RTW) yang akan dihadiri oleh multidisplinary team yang akan dilaksanakan pada 28/4/2022 di Hospital Miri.

Semoga dengan penubuhan Klinik Return to Work (RTW) dan Mini Rehab Centre Hospital Miri ini dapat memanfaatkan dan mengembalikan Orang Berinsuran kepada dunia pekerjaan dan lebih bermotivasi untuk kembali bersama komuniti dalam menjamin masa depan Orang Berinsuran sekaligus dapat memertabatkan Program RTW PERKESO sebagai penjamin keselamatan sosial bagi Orang Berinsurans, majikan dan masyarakat di Miri.

#RTWSARAWAK#RTWPERKESO#PERKESOPrihatin

Kolaborasi Klinik Return To Work (RTW) PERKESO bersama Hospital Gleneagles Kuala Lumpur

Sesi Klinik Return To Work (RTW) PERKESO telah berjaya diperluas kerjasama dan pelaksanaannya di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur (GKL).

Satu sesi perbincangan bersama pihak hospital yang dihadiri oleh Datin Paduka Dr. Tunku Nor Taayah (Rehab Medicine Specialist), Dr. Ramesh Maniam (OHD), pasukan rehab, pengurusan dan sumber manusia Hospital Gleneagles Kuala Lumpur (GKL) serta pasukan RTW PERKESO KL telah diadakan pada 11.04.2022.

Selaras dengan objektif untuk menyediakan faedah pemulihan dan seterusnya peluang kembali semula bekerja kepada Orang Berinsurans (OB) PERKESO, sesi Klinik RTW akan dijalankan secara bulanan bermula Mei 2022 pada setiap hari rabu minggu kedua secara fizikal di hospital. Rujukan dan pengurusan kes di Klinik RTW adalah melibatkan pesakit/ OB/ pekerja atau anggota di GKL yang mengalami isu hilang upaya, berpotensi untuk dipulihkan dan kembali semula bekerja.

Semoga kerjasama ini dapat membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk membantu pencarum

PERKESO khususnya dalam aspek pengurusan hilang upaya dan pekerjaan.

#RTW#PERKESOKL

#WeCareWeManage

“Berkongsi Rezeki itu Indah”

OB di bawah Program Return To Work (RTW) telah sudi untuk menerima sumbangan berupa sejumlah wang menggunakan dana Tabung Prihatin peringkat PERKESO KL. Untuk makluman, OB merupakan pesakit buah pinggang kronik dan merupakan breadwinner kepada keluarga memandangkan ibu tidak bekerja manakala ayah juga mengalami masalah kesihatan. OB dirujuk oleh Jemaah Doktor untuk Program RTW dan kes diuruskan oleh CM Pn. Amirah & ESO DM Pn. Macleena.

Pada 30.3.2022, OB telah menghadiri sesi temuduga bersama majikan Platform Hospitality Group Komune Living & Wellness dan berjaya ditawarkan pekerjaan sebagai Kitchen Helper oleh majikan dengan mengambil kira OB perlu menjalani rawatan dialisis pada setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu. Walaubagaimanapun, sebelum melapor diri OB perlu mendahulukan sejumlah duit untuk mendapatkan suntikan imunisasi tifoid bagi mengikuti Kursus Pengendalian Makanan.

OB memaklumkan kepada CM dan ESO DM di atas kesukaran beliau untuk mendahulukan duit bagi tujuan tersebut kerana sedang mengalami kekangan kewangan setelah hampir 1 tahun 4 bulan tiada pekerjaan. Alhamdulillah sedikit sumbangan telah disampaikan kepada OB mewakili warga kerja PERKESO KL bagi tujuan tersebut. Diharap melalui sumbangan kecil ini dapat membantu OB menguruskan sebarang keperluan seterusnya kembali bekerja Insyallah pada 9.05.2022 .

Terima kasih seluruh warga kerja PERKESO KL. Terima kasih PERKESO!

#RTW#PERKESOKL

#WeCareWe#PERKESO